Apa itu Ip Address ??
Setiap komputer yang disambungkan ke internet diberikan sebuah nombor pengenalan yang dikenali sebagai Internet Protocol atau IP address. Alamat IP terdiri dari siri nombor dan kelihatan seperti ini: 127.0.0.1. Urutan angka ini dapat membantu untuk komputer anda dikenal pasti di internet.
Nombor ini biasanya diberikan kepada pembekal perkhidmatan internet berdasarkan kepada kawasan-kawasan. Oleh it, alamat IP masing-masing dapat mengenal pasti penghantar atau penerima maklumat.
Alamat IP, seperti yang diperkatakan pada awal e-buku, dapat diibaratkan seperti kad pengenalan, ataupun alamat rasmi komputer anda. Ia membantu komputer-komputer lain untuk mengenal pasti
kedudukan komputer anda, dan menghantarkan maklumat yang diminta oleh anda dengan tepat, sama ada
maklumat tersebut adalah berupa sebuah laman web atau jenis-jenis data yang lainnya.
Disebabkan IP adalah sebuah ALAMAT, maka bayangkan sekiranya seorang perompak telah mendapat alamat rumah anda. Sudah tentu beliau akan merancang terlebih dahulu dengan teliti akan rompakan yang ingin dilakukan. Alamat yang diperoleh sedikit sebanyak memudahkan kerjanya.
Samalah halnya dengan penggodam dan pencuri identiti. Dengan alamat IP anda,
informasi diri anda akan dikumpul sebelum melakukan godaman terancang. Ketelitian ini bermula dari alamat IP,Alamat IP anda dapat mendedahkan beberapa maklumat yang boleh dianggap sebagai penting kepada mereka yang mahukannya. Penggodam, pembekal enjin carian, pencuri identity, mereka inilah golongan yang menjadi pengumpul maklumat anda yang setia.
Mengapa perlu menyembunyikan IP Adress ??
Jika anda kagum dengan kebolehan GPS yang dapat mengesan kedudukan anda, anda patut lebih kagum dengan IP. IP dapat mendedahkan lokasi semasa anda, tidak kiralah anda menggunakan komputer di rumah, di pejabat, mahupun di kafe siber. Berikut adalah beberapa maklumat yang didedahkan olehnya:
1. Lokasi asal sambungan internet – Lokasi semasa anda.
2. Nama aplikasi.
3. Versi aplikasi.
4. Agen pengguna (User Agent).
5. Nama pelayar web anda.
6. Sistem operasi anda.
7. Platform anda.
Anda Boleh Mencuba Untuk Mengesan Ip anda dengan klik Link di Bwh.
Search My IP Adress
Anda boleh check Ip adress anda dengan mengunakan CMD (Command Prompt ) yg tersedia pd OS windows
Contoh Butir peripadi yg boleh didapati melaui ip adress. :
General IP Information
Geolocation Information
| Country: | United States |
|---|---|
| State/Region: | New York |
| City: | Newburgh |
| Latitude: | 41.5375 (41° 32′ 15.00″ N) |
| Longitude: | -74.0512 (74° 3′ 4.32″ W) |
| Area Code: | 845 |
| Postal Code: | 12550 |
Geolocation Map
Keburukan Mendedahkan IP Address
1. Penggodam akan mendapat akses kepada komputer peribadi anda lalu secara tidak langsung mendapat akses kepada kandungan peribadi seperti nombor kad kredit, nombor kad bank/akaun bank, kata laluan yang anda simpan untuk laman-laman web dan sebagainya lagi.
2. Alamat IP asal anda akan membolehkan penggodam untuk menyusup masuk ke komputer anda!
3. Profil kepenggunaan internet anda akan dikumpul oleh pencuri identiti (identity theft).
4. Menyembunyikan alamat IP membolehkan pembekal enjin carian anda seperti Google daripada mengumpulkan sejarah carian internet anda danmenjualkannya kepada pihak ketiga.
5. Alamat IP anda yang telah tersimpan dalam pengkalan data forum-forum atau laman permainan dalam talian, dapat digunakan untuk menyekat (ban) anda dari memasuki atau membuat pos pada laman tersebut.
6. Maklumat peribadi anda yang telah dikumpulkan dapat digunakan untuk menghantar e-mel spam atau junk e-mail oleh marketer yang sememangnya mahukan anda masuk ke perangkap mereka.
Kebaikan Menyembunyikan IP address
1. Melindungi komputer dan data peribadi/sulit dari ancaman penggodam.
2. Mendapat keselamatan yang lebih baik ketika membeli-belah dalam talian.
3. Untuk menghentikan kebiasaan enjin carian dari mengumpul maklumat dan sejarah carian.
4. Mendapat kembali akses ke laman-laman yang telah menyekat alamat IP anda.
5. Melepasi sekatan-sekatan internet, sama ada sekatan DNS mahupun penggunaan perisian seperti Websense.
Faedah Mengetahui infomasi mengenai Ip Adress
1. Anda boleh memperoleh lebih dari satu akaun pada laman yang telah menyekat IP anda.
2. Jika anda telah disekat dari forum, anda boleh menggunakan IP yang berbeza untuk membuat akaun baharu.
3. Anda boleh menghantar komen di forum, laman web, blog dengan menggunakan alamat IP palsu.
4. Anda boleh membuat undian beberapa kali dengan IP berbeza.
5. Dapat memuat turun lebih banyak fail, perisian, lagu secara serentak.
6. Identiti anda lebih sukar untuk dijejaki.
Tentunya anda suda memhami serba sedikit Infomasi mengenai Ip adress Bagi yg Pemula bahawa betapa pentingnya Meyembunyikan IP Address , erti kata sekiranya anda tidak menyembunyikan ip adress anda ,bersamaan dengan anda mendedahkan no account bank anda kepada user internet lain . bukan untuk menakutkan tetapi sebagai langkah untuk berjaga-jaga .bukan untuk seratus % selamat tetapi sekurang-kurangnya menyukarkan para penggodam menjejaki alamat kita seterusnya menyusup ke dalam system kita dan membolot semua data2 penting yg kita simpan ..Sekian sja penerangan ringkas dari admin. :)

No comments:
Post a Comment