Teknik Menjadikan Blog Anda No. 1 Di Google?
- Seperti yang saya post sebelum ini , antara cara-cara menaikan blog Pada carian Google tetapi ini ada berbeza sedikt kerana ,lebih menitik beratkan tentang usaha dan attiude .bagi mencapai matlamat dan target user ke Top No 1 di Engine Carian Google..^_^
- Menjadikan blog kepunyaan sendiri di persada No. 1 di Google adalah impian bagi setiap blogger, terutama yang benar-benar serius dengan blogging. Menduduki No. 1 di Google bukanlah mustahil bairpun buat blogger baru yang baru kenal SEO. Yang penting usaha dan bijak menggunakan segala teknik-teknik yang dipelajari dengan sebaiknya. Rajin membaca, mengkaji dan menambah ilmu adalah antara ciri-ciri yang diperlukan oleh seorang blogger bagi menghasilkan blog yang disayangi Google, malahan diminati oleh Bing dan Yahoo juga. Tentu seronok menjadi No. 1 di Google dan kesoronokan menjadi berganda bila ia menerajui Bing dan Yahoo juga.
- Sebelum kita pergi kepada tips-tips atau cara-cara memanipulasikan blog untuk menduduki tangga teratas, adalah perlu juga memahami kehendak dan sifat-sifat yang ada pada enjin carian internet atau “search engine” ini. Kehendak atau kreteria yang digunakan oleh setiap enjin carian adalah berbeza, namun secara amnya proses memanipulasikan enjin carian adalah sama dan boleh digunakan bagi setiap enjin carian. Untuk mendapatkan posisi No. 1 di Google, Yahoo, Bing atau lain-lain enjin carian; atau sekurang-kurangnya di posesi yang baik, perhatian perlu diberikan kepada perkara-perkara berikut:-
Jangan Kedekut Dan Takut Untuk Melabur Bagi Blog
- Seperti kata peribahasa ‘bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian’. Oleh itu, untuk berjaya perlu ada sakit dahulu. Sakit dari segi usaha keras dan sakit dari segi mengeluarkan duit belanja blog. Oleh itu, jangan teragak-agak untuk membelanjakan wang bagi mendapatkan yang terbaik buat blog anda.
- Adalah digalakkan bagi blogger menggunakan ‘self-hosting’ dan ‘domain name’ sendiri agar lebih mudah untuk ‘optimize’ blog anda ke No. 1. Jika anda cuma mensasarkan pasaran tempatan (Malaysia), sebaiknya gunalah domain name yang berakhir dengan .my. Nescaya, blog anda akan meletup di pasaran tempatan dengan cepatnya.
- Jika pasaran anda adalah antarabangsa, adalah digalakkan menggunakan domain name .com atau .org sahaja. Yang lain-lain itu bukan tidak boleh, akan tetapi kajian menunjukkan dua jenis domain name ini lebih berkesan dan lebih dikasihi oleh Google, Bing dan Yahoo.
- Akhir sekali gunakan syarikat hosting yang punyai reputasi yang baik dan telah lama bertahan di pasaran. Jangan hanya beri perhatian kepada yang murah akan tetapi bermasaalah atau punyai downtime yang tinggi. Untuk syarikat tempatan, nama-nama seperti Cynet Web Hosting, Exabytes Network, NetKL Network, DataKL Hosting dan Server Freak boleh dipercayai dan mudah bagi membuat pembayaran dan mendapatkan bantuan teknikal.
Tingkatkan Keupayaan Penulisan
- Adalah bukan satu rahsia dan ramai yang tahu bahawa Google dan lain-lain enjin carian tidak suka sikap salin dan tampal (copy and paste). Jika anda tiada idea sekalipun, janganlah anda sekadar salin dan tampal sahaja. Cuba olah cerita dan tambahkan perkataan anda sebanyak mungkin. Cuba buatnya seolah-olah karangan anda sendiri. Lebih banyak ayat dan perkataan anda sendiri lebih baik. Ia akan buat lebih sayang Pakcik Google kepada anda dan lebih tinggi peluang untuk menduduki No. 1 Di Google.
- Selain dari itu cuba biasakan diri menulis karangan yang panjang-panjang, idea anda sendiri, kurang kesalahan ejaan dan grammar serta menggunakan “keyword density” yang tinggi. Sebelum menulis, anda perlu tahu apakah kata kunci utama dan gunakan lebih kerap dalam penulisan anda.
Backlinks Dan Backlinks Lagi
- Semua orang tahu backlinks adalah perlu dan lebih banyak backlinks lebih cerah peluang anda untuk menduduki No. 1. Oleh itu, komen sebanyak mungkin di do-follow blog, do-follow forum dan hantarkan blog anda sebanyak mana direktori yang mempunyai PR tinggi. Jika anda mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang baik, saya cadangkan komen di blog .edu dan .gov kerana ia punyai kesan yang amat kepada blog anda. Google sayangkan .edu dan .gov. Percayalah! Cuma bukan senang komen di sana kerana banyak blog .edu dan .gov yang tidak terima komen-komen yang pendek dan tidak berkaitan dengan artikel mereka.
Tulis Artikel Berkualiti Tinggi Dan Bersifat Ilmiah
- Penulisan berkualiti tinggi akan menyebabkan blog anda menjadi bahan rujukan ramai. Ramai yang akan cuba link dengan blog anda dan merujuk kepada artikel-artikel anda bila membuat penulisan. Akibatnya? Berguni-guni backlinks yang bakal diterima oleh blog anda nanti.
Kurangkan Iklan Agar Blog Anda Menjadi Lebih Pantas Dan Di Sukai Google
- Ramai yang cuba mencari pendapatan dengan meletakkan iklan. Akan tetapi iklan dan lain-lain gadget, walaupun cantik di mata anda akan tetapi boleh menjadi buruk di pandangan enjin—enjin carian. Kurangkan isi di sidebar anda, gunakan 2 kolumn sahaja dan kurangkan penggunaan Java Script. Google sukkan blog yang pantas dan cepat loading.
Jangan Spam Dan Gunakan Teknik Black Hat
- Spam dan black hat adalah cara mudah untukk blog anda cepat popular. Akan tetapi ia juga resipi untuk membinasakan blog yang anda bina. Elakkan dari terlibat dengan aktiviti yang dibenci oleh Google dan lain-lain enjin carian ini. Dengan adanya Google Penguin, mereka yang suka spam akan lebih kerap di kenakan penalty oleh Google. Makin sukarlah anda untuk menduduki tahta No.1 di Google.
Selalu Kemaskini Blog Anda
Jangan biarkan blog anda bersarang dan keraplah kemaskini blog anda. Lebih kerap di kemaskini lebih baik. Gunakan keyword
yang panas jika perlu. Ia akan membantu trafik ke blog anda dan kajian
menunjukkan ada pertalian antara trafik dan ranking blog anda. Oleh
itu,rajin-rajinlah kemaskini blog anda.
Gunakan produk Google
- Jika anda lebih berminat kepada kedudukan No. 1 di Google, maka lebih keraplah anda gunakan produk Google seperti Google+.
Promosikan blog anda agar lebih ramai followers anda dan jika boleh
selalu ‘share’ kemaskini anda kepada mereka agar lebih kerap juga mereka
menekan butang + di blog anda. Itupun Google suka juga.
Baca Blog Google Webmaster
- Tips blog yang terbaik biasanya datang dari blog rasmi Google sendiri iaitu Google Webmaster blog. Selalu ke sana untuk bahan-bahan terbaru SEO bagi blog anda.
Kesimpulan
- Ada banyak cara untuk memanipulasikan blog anda bagi menduduki No. 1 di Google, Yahoo dan Bing. Ini hanyalah sebahagian kecil dan kerap digunakan oleh penulis blog ini. Diharap ia dapat membantu anda semua memperbaiki rangking dan mana tahu dapat kedudukan No. 1. Semoga berjaya semua.
- Blog No 1 In Google
No comments:
Post a Comment